KITAB BIDAYATUL HIDAYAH - IMAM GHAZALI

๐Ÿ“ *KITAB BIDAYATUL HIDAYAH*

๐ŸŒน *2 JULI 2022*

๐ŸŽ™️ USTAZAH MARYAM ALKUBRA* 


*IMAM AL GHAZALI*

Muhammad bin Muhammad Bin Muhammad Bin Al Ghazali

Lahir pada tahun 450H bersamaan 159M

Ada adik yg bernama Imam Ahmad, tidak berapa terkenal berbanding Imam Al Ghazali, tetapi adiknya terlebih dahulu terlibat dgn ilmu tasawwuf.

Antara kitab² terkenal

1) Ihya' Ulumuddin

2) 

Antara kisah beliau dgn adiknya suatu hari beliau menjadi imam sembahyang dan adiknya menjadi makmum tiba² adiknya bercerai dari imam dan dia tersedar selepas solat.

Maka beliau bertanya pada adiknya, adiknya berkata aku ternampak darah pada pakaian kamu. Kerana darah itu najis.

Sejak itu Imam Al Ghazali mendalami ilmu......

Imam Al Ghazali ini tahu bila beliai akan wafat. Beliau wafat pada hari isnin 505H

Ketika itu umurnya 55 tahun sahaja.

Umur imam dahulu tidak panjang tapi Masyaallah sgt hebat.

Betapa barokahnya meninggalkan kitab² yang sehingga hari ini kita belajar.

Pada hari Isinin itu Imam Al Ghazali terus mengambil wuduk dan sembahyang subuh, kemudia meminta adiknya bawa kain kafan untuk bertemu sang pencipta

"Aku telah bersedia untuk memenuhi panggilan Mu."

Seterusnya beliau menghadap kiblat dan menghembuskan nyawanya yang terakhir.

Ini kelebihannya..

_______

*_"Bismillahirrahmanirrahim."_*


Dengan Nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang.

Semua kitab² dimulakan dgn _"Bismillahirrahmanirrahim."_

Quran dan hadis juga dimulakan dgn _"Bismillahirrahmanirrahim"._

Setiap perkara yg diambil berat degan syarak yang tidak dimulakan dengan _"Bismillahirrahmanirrahim"_ akan terputus keberkatan nya begitu juga dgn perbuatan seharian kita, yang aslanya harus, dan kemudian menjadi berkat bila kita mulakan dengan kalimah _"Bismillahirrahmanirrahim."_


Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

(Hakikat kepujian hanya layak dan kembali kepada Allah)

Selawat dan salam (rahmat) kesejahteraan Nabi Muhammad (Rasulullah utusan Allah) dan hamba Allah dan keatas keluarganya (keluarga Nabi dari bani Hasyim dan bani Talib) dan para sahabatnya (orang yang pernah berjumpa dengan Nabi ketika Nabi hidup dan beriman dengan Nabi ketika hidup dan mati) 

Adapun selepas...

Maka ketahuilah oleh mu wahai al farisu orang yang mengambil berat keatas mencari ilmu yang telah menunjukkan daripada dirinya sebenar-benar suka, dan sangat² dahaga kepada ilmu.

Sesungguhnya jika engkau berniat dengan menuntut ilmu itu tujuannya berlumba² (lumba² yang tak elok) dan mendapat kemegahan dan mahu terkemuka/menonjol ke atas sahabat² dan hendak menarik perhatian manusia ke atasnya dan dia berniat menuntut ilmu ini untuk mengumpul habuannya.

Maka engkau sedang berusaha meruntuhkan agama kamu, dan juga untuk musnahkan diri kamu, dan dia juga telah menjual akhiratnya dengan dunia.

Maka jualan kamu ini adalah satu jualan yang rugi. Dan perniagaan kamu hancur.

Dan guru kamu yang telah menolong kamu keatas maksiat kamu dan sebahagian sekutu bagi kamu adalah kerugian bagi nya.

Seperti kita menjual pedang pada perompak.


Dan barangsiapa yang menolong ke atas maksiat walaupun dgn sepatah kalimat maka dia akan menyertai kepadanya.

Dan jika adalah niat kamu diantara kamu dan diantara Allah belajar ilmu untuk redho Allah (niatnya kerana Allah, biarlah orang kata apa², tidak mempengaruhi nya kerana niatnya sahaja yang tahu)

Bukan semata² bercakap sahaja, maka berita gembira lah bagi kamu.

Maka sesungguhnya malaikat² menghamparkan bagi kamu sayapnya yang besar apabila kamu berjalan, malaikat sedang melindungi kamu. Dan juga ikan² di lautan akan beristighfar kepada kamu (meminta ampun kepada kamu).

Tetapi sepatutnya bagi kamu mengetahui sesungguhnya hidayah ini ada permulaan dan pengakhiran, dan juga zahir dan batin.

Dan tidak sampai kepada pengakhirannya selepas kita mendapati permulaannya dan tidak menyelami ke atas batinnya hidayah melainkan selepas kita duduk menyempurnakan zahir hidayah.

Dan di sini Imam Al Ghazali akan menyebutkan untuk kamu cuba mengamalkan dan juga untuk menguji akan hati kamu.


(bersambung......)

Comments

Popular posts from this blog

IKHLAS TERHADAP KETETAPAN ALLAH

KITAB FIQIH PRAKTIS - ABUYA YAHYA

SEBAIK-BAIKNYA PRASANGKA - USTADZAH DARA HUSAIEN