RASULULLAH ﷺ : "APA YANG KAMU SUKA DIDUNIA INI?"

 ┏﷽🕊️🕊️🌹━━━━━┓

🕋 *BANAT JANNATI*

┗━━━━━━━🕊️🕊️🌹━┛



*۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*


*📒RASULULLAH ﷺ : "APA YANG KAMU SUKA DIDUNIA INI?"*


Pada suatu hari Rasulullah ﷺ duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. Bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar RA:

*"Apa yg kamu suka dari dunia ini?" Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.*


"Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah. 

2. Melihat wajahmu ya Rasulullah.

3. Aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah". 


*Lalu Rasulullah ﷺ bertanya pada sayyidina Umar RA. "bagaimana pula denganmu ya Umar?"*

Jawab Sayyidina Umar RA "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.

2. Mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan. 

3. Berkata yang benar walaupun pahit". 


*"Dan bagaimana pula denganmu wahai Utsman?"*

Berkata Sayyidina Utsman RA. "ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan. 

2. Memberi salam. 

3. Sholat malam di waktu manusia tidur". 


*"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ?"*

"Aku juga cinta 3 perkara:

1. Memuliakan tamu. 

2. Berpuasa di musim panas. 

3. dan memukul musuh dengan pedang". 


*Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya pada Sayyidina Abu Dzar RA.*

"Apa yang kamu suka di dunia ini?" berkata Sayyidina Abu Dzar RA 

Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1. Lapar. 

2. Sakit. 

3. Mati". 


*Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"*

Berkata Sayyidina Abu Dzar RA.

"Aku suka lapar kerana untuk membersihkan hati.

aku suka sakit kerana untuk mengurangi dosaku.

aku suka mati kerana untuk bertemu tuhanku". 


*Kemudian bersabdalah Rasulullah ﷺ "Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

1. Wangi2an. 

2. Wanita yang solehah. 

3. Sholat menjadi penyejuk mataku". 


Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril AS memberi salam pada rasulullah SAW & para sahabat.


*Kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku suka di dunia kamu ini 3 perkara" :*

1. Menyampaikan risalah. 

2. Menunaikan amanah. 

3. Cinta terhadap orang miskin". 

*Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah SWT berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

1. Lidah yang sentiasa berzikir. 

2. Hati yang sentiasa khusyuk. 

3. Jasad yang sabar menanggung Ujian.


*Semoga kelak kita bersama Rasulullah ﷺ dan Para sahabatnya dan mendapat Ridho Allah serta surganya dengan tanpa hisab. Aamiin🤲*



*✍🏻 BanatAz-zahra*



_*Jazakallah Khairan 🌹*_


- FAKIR ILMU - 

Comments

Popular posts from this blog

IKHLAS TERHADAP KETETAPAN ALLAH

KITAB FIQIH PRAKTIS - ABUYA YAHYA

SEBAIK-BAIKNYA PRASANGKA - USTADZAH DARA HUSAIEN